28 September 2016 - 02:58
Bekas Presiden Israel, Shimon Peres Mati Kerana Strok

Pusat Kesihatan Sheba di Tel Aviv mengumumkan kematian Peres pada hari Rabu jam 3:40 pada pagi (waktu tempatan) selepas dikejarkan ke hospital pada 13 September lepas berikutan sakit dada, degupan jantung yang tidak normal dan pendarahan yang teruk.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas Presiden Israel, Shimon Peres akhirnya mati setelah terkena serangan angin ahmar pada dua minggu lepas.

Pusat Kesihatan Sheba di Tel Aviv mengumumkan kematian Peres pada hari Rabu jam 3:40 pada pagi (waktu tempatan) selepas dikejarkan ke hospital pada 13 September lepas berikutan sakit dada, degupan jantung yang tidak normal dan pendarahan yang teruk.

Ketika berada di hospital, pegawai kesihatan menyifatkan keadaannya sebagai kritikal dan menambah bahawa beliau telah diletakkan dalam unit rawatan rapi.

Shimon Peres pernah menyandang pelbagai jawatan rasmi dalam rejim Israel sepanjang karier politik beliau selama tujuh dekad. Beliau pernah berkhidmat sebagai presiden Israel (2007-2014) dan sebagai perdana menteri rejim tersebut danjuga sebagai ketua tentera.

Di bawah Peres, hampir 4000 rakyat Palestin telah kehilangan nyawa mereka akibat dua peperangan yang dilancarkan oleh rejim Israel antara 2007 dan 2014.

Dalam peperangan yang kedua, yang bermula pada 8 Julai 2014 dan berakhir pada 26 Ogos, seramai 11,100 orang - termasuk 3,374 kanak-kanak, 2088 wanita, dan 410 warga tua - dilaporkan cedera.